ikatan | 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terurai | 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lilit | 1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simpul | , = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga menjadi simpul. 2 memberikan isi sesuatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghuraikan | 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau menerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkas | ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkas I | ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas | ikatan beberapa benda spt kayu api dsb; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan:Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1. mengikat beberapa benda dlm satu ikatan:Ia ~ tebu itu sepuluh-puluh setiap ikatan. 2. ki menahan orang-orang yg disyaki bersalah; menangkap:Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar |
orak I | ; mengorak 1. menguraikan, mengungkai, membuka (tali, lingkaran, dll); 2. menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka; ~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah membuka langkah, mulai melangkah (berjalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka selimut; ~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~ lingkar sangat malas; terorak terurai, terungkai, terbuka; orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengorak | 1 membuka sesuatu ikatan dll supaya terlepas; menguraikan: ~ ikatan. 2 menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka. ~ langkah memulakan langkah. ~ lingkar mula bekerja. ~ senyum tersenyum. ~ sila berdiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |