putus ikhtiar | sudah habis ikhtiar, hilang akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putus bicara | a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhtiar | daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikhtiar | Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhtiar | daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. | Kamus Pelajar |
tawakal | berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah; bertawakal berserah kpd Tuhan setelah ber-ikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. | Kamus Pelajar |