rasi | 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nujum | 1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pandai melihat nasib seseorang atau membuat ramalan dgn melihat bintang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nujum | 1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pandai melihat nasib seseorang atau membuat ramalan dgn melihat bintang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib. | Kamus Pelajar |
tenung | ilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal; ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yg pekerja-annya menilik nasib orang; membaca (membukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn tenung; bertenung 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramalkan nasibnya pd; menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; tenungan ramalan (nasib dll), telahan; penenungan perihal menenung; penenung tukang tenung, jurutenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nujum | 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, meramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilik | pelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pandangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah sesuatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah berlaku; 3. = penilikan pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawasan, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenarnya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitab | 1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lihat | pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firasat | 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitab | 1. buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama:Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan al-Quran kpd Nabi Muhammad. 2. buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib. | Kamus Pelajar |