astrologi | ilmu nujum atau ilmu ramalan yg berdasarkan bintang-bintang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
astrologi | ilmu nujum atau ilmu ramalan yg berdasarkan bintang-bintang. | Kamus Pelajar |
perbintangan | 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbintangan | 1. ilmu ttg bintang; astronomi. 2. ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar |
tenung | ; ilmu ~ ilmu tilik-menilik atau ilmu meramalkan nasib seseorang. tukang ~, = juru~ orang yg kerjanya meramalkan nasib orang; tukang ramal. bertenung meminta orang yg mempunyai ilmu tenung meramalkan nasib: ~ kpd ahli nujum. menenung menilik (nasib dsb); meramalkan: ~ nasib dilarang oleh agama Islam. tenungan hasil menenung; ramalan; tilikan. penenungan hal atau perbuatan menenung. penenung orang yg menenung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbintangan | ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenung | ilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal; ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yg pekerja-annya menilik nasib orang; membaca (membukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn tenung; bertenung 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramalkan nasibnya pd; menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; tenungan ramalan (nasib dll), telahan; penenungan perihal menenung; penenung tukang tenung, jurutenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nujum | 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, meramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang | 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perasian | ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |