imbang | ; berimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal; berbanding: Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd: Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1 keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2 sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3 perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imbang-imbangan | bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang-imbangan | hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang | berimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal, berbanding:Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd:Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1. keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2. Sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3. Perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1. sama berat; tidak berat sebelah:Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2. sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding:Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat. | Kamus Pelajar |
imbang II | bimbang, ragu-ragu; imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~; mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbal | timbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keperluan hidup manusia mempunyai perhubungan ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpadanan (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbangan, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang I | timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal imbang | ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roda imbang | roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selarian | seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |