infrastruktur | 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2. kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudah I | 1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |