[in.jap] | اينجڤ
Definisi : 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[in.jap] | اينجڤ
Definisi : 1 pintu lukah yg berbentuk spt corong utk memungkinkan ikan masuk tetapi menyekatnya drpd keluar semula. 2 benda (tiub dsb) yg menahan angin atau air mengalir ke belakang atau ke luar. ~ ekzos injap pd sebatang silinder di dlm sesebuah enjin pembakaran dalam yg mengawal kadar aliran gas yg digunakan. ~ elektronik injap yg membenarkan elektron mengalir melaluinya mengikut satu arah saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)