inovasi | 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginovasi | membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inovatif | merupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan metafora dlm puisinya terasa segar dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inovator | orang yg melakukan inovasi, penginovasi: golongan guru yg berperanan sbg ~ pendidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penginovasi | orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
R&D | kep Research and Development (Penyelidikan dan Pembangunan, iaitu suatu aktiviti penyelidikan yg dijalankan oleh sesuatu industri dsb utk menghasilkan ciptaan baru, inovasi, perbaikan dsb produk, proses dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |