peranti input(input device) | Peranti yang berfungsi untuk menerima input isyarat, data, atau maklumat dalam sistem komputer. | Kamus Komputer |
port input(input port) | Pangkal atau hujung saluran untuk menerima kemasukan data. | Kamus Komputer |
peranti input-output(input-output device) | Peranti yang mempunyai gabungan modul input dan modul output. Modul input berfungsi untuk menerima isyarat atau data input yang kemudian disalurkan kepada unit pemprosesan utama, sedangkan modul output menerima hasil pemprosesan daripada unit pemprosesan utama untuk disalurkan keluar. | Kamus Komputer |
input audio(audio input) | Input komputer dalam bentuk bunyi. | Kamus Komputer |
input berkod(coded input) | Data input sistem yang dikodkan bagi tujuan keselamatan. | Kamus Komputer |
port input-output(input-output port) | Pangkal atau hujung saluran yang dapat menerima kemasukan data dan menghantar keluar data. | Kamus Komputer |
input sentuh(contact input) | Deria sentuh yang digunakan sebagai punca input data | Kamus Komputer |
DI | Singkatan bagi digital input, iaitu input digital. | Kamus Komputer |
sistem input/output asas(basic input/output system) | Bahagian perisian sistem pengendalian komputer yang mengendalikan input dan output data. Bahagian ini juga mengkhususkan suatu sistem pengendalian kepada komputer tertentu. Singkatan BIOS. | Kamus Komputer |
get TAK(NOT gate) | Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya. | Kamus Komputer |