Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
integrasigabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
integrasipenggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengharmonianproses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekolah wawasangabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gaya1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
harmoni1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekolah1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang de­wasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menye­kolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas