intelek | (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelek | /intelék/ kuasa utk berfikir; akal budi: kaum (golongan) ~ kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdik pandai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intelek | /intelék/ kuasa utk berfikir; akal budi:kaum (golongan) ~ kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdik pandai. | Kamus Pelajar |
rangka I | 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah utk mendapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuknya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, menganalisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, rancangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kementerian Pendidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golongan (kaum) intelek | golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inteligensia | (intéligénsia) kaum intelek, kaum cerdik pandai, kaum cendekiawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengintelekkan | menjadikan seseorang intelek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keintelektualan | perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelektualisme | (inteléktualisme) 1. pengabdian kpd penggunaan intelek atau daya berfikir: Islam membawa semangat rasionalisme dan ~ bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan rakyat jelata; perkembangan profesional memberi fokus kpd ~; 2. doktrin yg menekankan bahawa pengetahuan terhasil dgn taakulan tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpendidikan | mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |