intelektual | (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi); mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama; keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelektual | /inteléktual/ orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intelektual | /inteléktual/ orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan. | Kamus Pelajar |
cerdik cendekia | cerdik pandai, terpelajar, intelektual; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengulamakan | menjadikan seseorang (golong-an) ulama: ~ intelektual; ® alim I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengintelektualan | proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cendekiawan | kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendalilan | perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg intelektual akan menghala ke satu perjalanan yg cerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cendekia | berakal, cerdik, pandai; cerdik ~ cerdik pandai, terpelajar, intelektual; kaum cerdik ~ kaum terpelajar, kaum intelek; kecendekiaan segala sifat yg berkaitan dgn cendekia, kecerdikan: melalui pendedahan tersebut, pelajar akan memperoleh pengalaman ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cendekiawan | kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. | Kamus Pelajar |