intensif | (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~; ~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti; pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intensif | /inténsif/ dgn sungguh-sungguh (hebat, giat dll): membasmi buta huruf secara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intensif | /inténsif/ dgn sungguh-sungguh (hebat, giat dll): membasmi buta huruf secara ~. | Kamus Pelajar |
intensif modal | memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intensif buruh | memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengintensifkan | menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang saran | perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keintensifan | perihal (keadaan) intensif, intensiti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang II | ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sumbangan; penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg menyumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawatan rapi | rawatan dan penjagaan yg intensif dan berterusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |