inti | 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulas II | 1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pati I | 1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu percakapan (perbincangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita; ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yg betul (baik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inti | 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benak I | 1 isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; sumsum. 2 = otak ~ isi kepala; otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas II | 1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daging | 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sari I | 1 isi yg terbaik drpd sesuatu benda spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daging | 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru disembelih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalaman | 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |