seterusnya | 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menanami | menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
walhal | 1 padahal; dlm pd itu: Dia mahu lagi akan biskut itu, ~ ia sudah kenyang. 2 meskipun; sungguhpun: Ia masih belum memahami masalah itu, ~ sudah berkali-kali diterangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguji bakat | melakukan atau menjalankan uji bakat terhadap bakal pelakon, penyanyi dsb: Kumpulan itu ~ bakal peserta pertandingan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuju I | 1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau melemparkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan masyarakat Malaysia. menujukan 1 membawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; mencocokkan. persetujuan 1 pernyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkis | 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serta | ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 mengikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustrian. peserta orang yg ikut serta dlm sesuatu pertandingan dll; orang yg mengambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serlah | ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangkis | ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tangkisan hasil menangkis; tepisan. penangkisan perbuatan atau hal menangkis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terus | 1 tidak singgah atau tidak berhenti di mana-mana: Kapal terbang yg kami tumpangi itu terbang ~ ke London. 2 tidak berlengah-lengah atau tidak bertangguh lagi; langsung; lalu: Sesampai di kampung, aku ~ pergi ke rumah datuk penghulu. 3 tidak henti-henti; tidak putus-putus (ttg peperangan dll): Pertempuran sengit ~ menghebat hingga jauh malam. berterusan berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. terus-menerus 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. menerusi dgn perantaraan; melalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. meneruskan menyambung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengembara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. terusan sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. keterusan keadaan atau hal terus. penerusan perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pelanjutan. penerus orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. seterusnya 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |