mempertikaikan | menjadikan sesuatu sbg bahan yg diperkarakan; memperbantahkan; mempertengkarkan: Perkara yg remeh itu tidak perlu dipertikaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyetempatkan | menjadikan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperderetkan | menjadikan (menyusun) berderet-deret, membariskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertautkan | 1. menjadikan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi mempertautkannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhubungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu bertujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menautkan | 1. menjadikan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi mempertautkannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhubungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu bertujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderetkan | , memperderetkan menjadikan (menyusun) berderet-deret, membariskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendingini | 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengangaukan | menyebabkan atau menjadikan angau: entah apa yg ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerangkan | 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
autentik | (auténtik) dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dsb): makalah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |