jadi-jadian | , jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadi I | 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~ mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadi-jadian | 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ruat II | Jw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala; meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadi-jadian | 1. manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau):harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2. bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja:bunga ~. | Kamus Pelajar |
meruat | 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadi | 1 selesai dikerjakan; berlaku; berjaya: ~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2 lahir, dilahirkan: hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4 bersetuju: Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. kejadian 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jadi | 1. selesai dikerjakan; berlaku; berjaya:~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2. lahir, dilahirkan:hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4. bersetuju:Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1. dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2. berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3. hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak:Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah:Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1. menggunakan sbg; membuat:Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2. melantik atau mengangkat sbg: Guru besar telah ~ dia ketua murid. 3. menyebabkan; menimbulkan:Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4. mencipta; mewujudkan:Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku:Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1. manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau):harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2. bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja:bunga ~. kejadian 1. perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2. keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia;ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3. sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar |
naga I | 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |