jajah | ; menjajah 1 menakluk dan memerintah sesebuah negeri atau daerah lain: Orang Inggeris pernah ~ India. 2 pergi dr suatu tempat ke suatu tempat; menjelajah. terjajah dlm keadaan dijajah: Negara-negara yg masih ~ hendaklah dimerdekakan. jajahan 1 kawasan yg termasuk dlm sesuatu pentadbiran; daerah: Kampung Batu Kikir termasuk dlm ~ Kuala Pilah. 2 daerah atau negeri yg dijajah: Sekarang sudah banyak tanah ~ Inggeris yg mencapai kemerdekaan. penjajahan perbuatan menjajah: Mereka telah berjuang mati-matian menentang ~ Inggeris. penjajah bangsa atau negara yg menjajah negara lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jajah | ; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid; terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan rakyat yg masih ~; jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong; penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu; penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajah | menjajah 1. menaklukkan dan memerintah sesebuah negeri atau daerah lain: Orang Inggeris pernah ~ India. 2. pergi dr suatu tempat ke suatu tempat; menjelajah. terjajah dlm keadaan dijajah:Negara-negara yg masih ~ hendaklah dimerdekakan. jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm sesuatu pentadbiran; daerah: Kampung Baru Kikir termasuk dlm ~ Kuala Pilah. 2. daerah atau negeri yg dijajah: Sekarang sudah banyak tanah ~ Inggeris yg mencapai kemerdekaan. penjajahan perbuatan menjajah: Mereka telah berjuang mati-matian menentang ~ Inggeris. penjajah bangsa atau negara yg menjajah negara lain. | Kamus Pelajar |
alat I | 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh dijadikan ~ utk mejaya-kan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ; ~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk di-mainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~ kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara raja-raja; ~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan kekuasaan negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~ pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas, dakwat, dsb; beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat; mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera; mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat; memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya; alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
topeng | (topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok; 2. penutup muka (supaya jangan dikenali dll); 3. = main ~ sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun; bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok; bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng, memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung; menopeng bermain topeng; menopengi 1. memberi (menjadikan) ber-topeng; 2. ki menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |