bungkal | 1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungal | 1 timah dsb pemberat jala. 2 ukuran berat emas yg besarnya 16 mayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bungkal | 1. timah dsb pemberat jala. 2. ukuran berat emas yg besarnya 16 mayam. | Kamus Pelajar |
sirat | , = siratan mata jaring atau mata jala: ~ gigi sela-sela gigi. bersirat berjalin-jalin keadaannya; berselirat: Kain ~ benang emas. menyirat mengait benang utk membuat jaring dll; menganyam jaring dll. tersirat 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada sesiapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuban | 1. sj jarum besar drpd buluh (tanduk dll) utk menyirat jala (jaring dll); 2. alat (drpd kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga) yg digunakan utk menggulung benang emas; 3. alat yg berbentuk spt buah kana tempat melilitkan benang utk membuat tating. | Kamus Dewan Edisi Keempat |