Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalan;

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
simpangpangi menyilangi yg lain (bkn jalan): Jalan itu ~ jalan ke rumahnya. me­nyimpangkan menjadikan menyimpang: Fikiran be­gitu akan ~ mereka dr ajaran yg benar. persimpangan tempat jalan bersimpang: Aku bertemu dgn dia di ~ jalan masuk tadi. penyimpangan perbuatan, perihal dsb menyimpang, menyimpangi atau menyimpangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyimpangimenyilangi yg lain (bkn jalan): Jalan itu ~ jalan ke rumahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buntu1 tidak dpt terus (ttg jalan dsb); tersekat atau terhalang alirannya; jalan ~ jalan yg tidak terus. 2 tidak dpt berfikir lagi; suntuk akal: ~ fikiran tidak dpt berfikir lebih lanjut. membuntukan menjadikan buntu; membuat buntu. kebuntuan hal atau keadaan buntu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperpanjangmenjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat;Kamus Dewan Edisi Keempat
rusuk I1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: ber­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
silang empatsimpang empat di jalan-jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ronda1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah ber­lakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; perondaan perbuatan (kerja-kerja) me­ronda.Kamus Dewan Edisi Keempat
sesat1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), me­nyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, ter­langkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar­benar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan ke­sesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas