jalanan ujian(test run) | Pelaksanaan atur cara sebagai ujian untuk menentukan sama ada atur cara tersebut dapat berfungsi dengan betul. | Kamus Komputer |
jalanan selari(parallel run) | 1. Pemeriksaan dan pengujian sistem yang baru dibina dengan menjalankan sistem baru dan sistem lama secara serentak sebagai langkah terakhir menyahpepijatkan sistem baru. 2. Pelaksanaan dua sistem secara serentak. | Kamus Komputer |
jalanan pengeluaran(production run) | Pelaksanaan atur cara atau sistem yang mencapai matlamat pembinaannya selepas siap dibina dan diuji dengan lengkap. | Kamus Komputer |
jalanan komputer(computer run) | 1. Pemprosesan suruhan di bawah kawalan satu atur cara atau lebih dengan menggunakan fail atau data yang berkaitan untuk menghasilkan output. 2. Prestasi pelaksanaan tugas oleh sebuah atau sekumpulan atur cara komputer. | Kamus Komputer |
jalanan kering(dry run) | Pelaksanaan atur cara secara insani dengan menyemak setiap pelaksanaan suruhan dalam algoritma dan mencatatkan hasil pelaksanaan. Tindakan ini dilakukan sebelum atur cara benar-benar dijalankan pada komputer. | Kamus Komputer |
jalanan cubaan(trial run) | Pelaksanaan atur cara ujian untuk tempoh masa tertentu dalam suasana sebenar bagi menentukan sama ada atur cara tersebut dapat berfungsi dengan betul. | Kamus Komputer |
jalanan(run) | Pelaksanaan atur cara berdasarkan set suruhan terhadap set data. | Kamus Komputer |
jalanan | bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buku jalanan(run book) | 1. Buku atau fail yang merekodkan semua atur cara yang dijalankan pada sistem komputer berkongsi masa. 2. Lihat manual jalanan. | Kamus Komputer |
tempoh jalanan(run duration) | Tempoh masa yang diambil untuk menjalankan atur cara yang sudah disusun dari mula hingga akhir. | Kamus Komputer |