Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seran(séran) jalur-jalur yg miring, loreng; berseran berjalur-jalur miring, berloreng.Kamus Dewan Edisi Keempat
otot jalur= ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka;Kamus Dewan Edisi Keempat
jalur hitamsj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalur-jalursj ikan laut, Gymnocaesio spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
lorekanjalur-jalur, barik­barik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi;Kamus Dewan Edisi Keempat
belang1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
lorek(lorék) 1. = lorekan jalur-jalur, barik­barik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi; 2. = berlorek; berlorek bergaris, bercoreng: bahagian yg ~ itu menunjukkan kawasan tanah tinggi; melorek menggaris, mencoreng, mencoret: bahagian yg menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas.Kamus Dewan Edisi Keempat
telerang /telérang/2 jalur(-jalur) panjang yg tidak selari yg kelihatan pd batu-batan.Kamus Pelajar
urat I5 jalur-jalur atau garis-garis yg tampak pd permukaan kayu, batu marmar dll.Kamus Pelajar
pencetak jalur(band printer)Pencetak hentaman yang menggunakan satu jalur bergelung yang memegang aksara sebagai kepala taip. Untuk mencetak, sebuah penukul akan memukul jalur yang berputar pantas pada kedudukan aksara yang dikehendaki. Pukulan ini akan menghentakkan jalur pada riben dan meninggalkan bekas aksara pada kertas sebagai hasil cetakan.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas