taja jamin | (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut; menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu; penajajaminan proses atau hal menaja jamin; penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamin | ; menjamin 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. terjamin dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung: Mutu barang ini tidak ~. jaminan akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jamin | menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2. menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3. menanggung keperluan sehari-hari (spt makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. terjamin dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung:Mutu barang ini tidak ~. jaminan akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). | Kamus Pelajar |
penaja jamin | bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamin | 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin; menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah dijamin oleh abangnya; 2. menanggung keselamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; keterjaminan keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh; penjaminan perbuatan menjamin; penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (membayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaminan | 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikat jamin | memberi jaminan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menaja jamin | 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang jamin | wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat jamin | surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |