Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.kauan] | جاڠکاوان

Definisi : 1. hasil atau gerakan men­jang­kau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangkauan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jangkauan1. hasil atau gerakan men­jang­kau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepemeluksebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ukhrawiAr berkaitan dgn akhirat: jangkauan Islam itu ialah kehidupan lahir dan batin, duniawi dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
jangkau; menjangkau 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya); terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir: dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman; jangkauan 1. hasil atau gerakan men­jang­kau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja; penjangkauan perbuatan menjangkau; sejangkauan, sepenjangkauan sejauh da­pat dijangkau dgn tangan, jengkau, jingkau.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluk1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) ta­ngan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling ber­peluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas