detak | bunyi spt bunyi jantung berdenyut; ~ jantung bunyi denyut jantung, debar jantung; ~ hati ki perasaan (fikiran, kata hati) yg mendatang; berdetak, berdetak-detak 1. berbunyi spt bunyi jantung berdenyut; 2. ki terfikir, terasa, terpendam: Aishah sengaja tidak mahu menunjukkan apa yg sedang ~ dlm hatinya; mendetakkan membunyikan tak tak dgn lidah; detakan bunyi berdetak: dlm dadanya terasa ~ jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detak jantung | bunyi denyut jantung, debar jantung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut | gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati I | 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menurutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh seorang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut hati (jantung) | jantung hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pair II | Id; ~ jantung gerakan jantung yg tidak betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdegup | bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
debar | ; berdebar bergerak-gerak turun naik dgn pantas (bkn jantung, nadi dll); berdenyut: ~ hatinya ketika dia hendak berjumpa dgn menteri itu. mendebarkan menjadikan jantung dll berdebar; menyebabkan jantung dll berdenyut: Berita baik itu ~nya. debaran gerakan (jantung, nadi dll) yg turun naik dgn agak pantas; denyutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
degup | = degupan gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. berdegup bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
debar | denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~; mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; debaran 1. debar: ~ jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |