jaya | 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut I | ; mengangkut mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. angkutan 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli. pengangkutan perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. pengangkut 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekan I | 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perumahan | 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkilangan | 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matlamat | 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dija-lankan sehingga ~ yg dikehendaki itu ber-jaya; bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komisaris | IB 1. orang yg dilantik utk menjalankan sesuatu tugas (spt menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dll), ahli (anggota) sesuatu suruhanjaya; 2. = ~ agung = ~ tinggi pesuruhjaya tinggi (orang yg mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yg lain); 3. = ~ polisi pesuruhjaya polis (pegawai polis yg mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betah | 1 sanggup atau tahan menderita kesusahan: Siapa yg ~ menerima maki hamun setiap hari? 2 sudah berasa sesuai atau selesa: Selepas setahun, baru saya ~ tinggal di Petaling Jaya. 3 baik drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. membetahkan menjadikan betah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hampir | 1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadangan | 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |