[ja.zam] | جزم
Definisi : Ar tanda baca yg dipakai utk huruf Arab (º) diletakkan di atas huruf konsonan utk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak dibunyikan lagi); menjazamkan 1. memotong, mengerat, memenggal; 2. memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga daripadanya kpd Puan Normah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)