jejer | (jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris: Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris:Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar |
menjejeri | terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |