Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jelas1 terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata: Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~. 2 selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll): Hutangnya di kedai kain itu sudah ~. menjelaskan 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas: ~ makna adalah penting. penjelasan 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. penjelas 1 orang yg menjelaskan sesuatu. 2 apa-apa yg digunakan utk menjelaskan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelas Ijelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; ke­terangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak ber­sem­bunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ da­hulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ucapapa-apa yg dilafazkan atau yg dituturkan; sebutan kata. berucap 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. mengucap menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. mengucapkan 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. ucapan 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. pengucapan perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. pengucap orang yg berucap atau yg mengucapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantang1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suara­nya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (peman­dangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tegas1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn ber­sungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (kete­rangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencolok1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
saru IJk tidak jelas pd pelihatan (pendengaran dll), tidak nyata, samar; menyaru 1. menjadi saru (tidak jelas); 2. menyamar; menyarukan menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dll), menyamarkan; penyaruan 1. perihal menyamar, penya­maran; 2. perbuatan dll utk menutup maksud.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayup I1. kurang jelas pd pelihatan (pen-dengaran dll) kerana jauh: ~ mata meman-dang; 2. sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan, dll), hampir cukup (sampai dll); ~ bulan a) hampir cukup bulan; b) sudah tidak ada wang lagi (sudah habis wang gajinya); ~ hati belas (sedih) hati; sayup-sayup 1. kurang jelas (pandangan, pen-dengaran, dll): dr jauh kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~;~ ingat lupa-lupa ingat; ~ sampai a) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga (kerana kurang nyata).Kamus Dewan Edisi Keempat
colok II; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas