subjudul | judul kecil atau judul tambahan kpd sesuatu judul, kata-kata atau frasa yg menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
judul | tajuk (karangan, majalah, buku, drama, dll): drpd ~ cerpennya sahaja sudah dapat kita menangkap isi yg hendak dikisahkannya; berjudul bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; berjudulkan mempunyai sesuatu sbg judul; menjuduli menjadi judul kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
judul | tajuk (sesuatu karangan, drama, buku dll). berjudul bertajuk: Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
judul | tajuk (sesuatu karangan, drama, buku dll). berjudul bertajuk:Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. | Kamus Pelajar |
tajuk | 1 perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak, bunga-bungaan dll). 2 sesuatu yg dijadikan nama sesuatu karangan dll; kepala (karangan); judul. bertajuk ada tajuknya atau ada judulnya: Karangan ini tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjuduli | menjadi judul kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjudulkan | mempunyai sesuatu sbg judul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertajuk | ada tajuknya atau ada judulnya: Karangan ini tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tajuk | 2 sesuatu yg dijadikan nama sesuatu karangan dll; kepala (karangan); judul. | Kamus Pelajar |
menu tarik turun(pull-down menu) | Menu yang akan terbuka apabila penunjuk tetikus ditunjukkan pada judul menu dan butang tetikus ditekan sambil ditarik turun, atau dengan menekan kekunci tertentu. | Kamus Komputer |