julat | lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. penjulat alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
julat | 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu sepanjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr penembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata memandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
julat ralat(error range) | 1. Kesemua nilai ralat yang mungkin terjadi bagi sesuatu kuantiti. 2. Perbezaan di antara nilai maksimum dengan nilai minimum ralat. | Kamus Komputer |
julat | lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. | Kamus Pelajar |
dalam julat(in range) | Nilai yang termasuk dalam lingkungan had yang telah ditetapkan. Bandingkan luar julat. | Kamus Komputer |
luar julat(out of range) | Nilai yang terkeluar daripada lingkungan had yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
bezantara | julat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamut | Julat keseluruhan jenis warna yang boleh dipaparkan oleh paparan komputer. | Kamus Komputer |
palet | ist julat warna yg boleh dipilih utk digunakan pd pencetak atau pd paparan komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gamut | ist julat keseluruhan jenis warna yg boleh dipaparkan pd komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |