jumpa | ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumpa | ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat, majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jumpa | berjumpa 1. bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba:Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2. bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan:Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. | Kamus Pelajar |
bertembung | 1 berjumpa dgn tidak disangka-sangka; terserempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bina | bangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersobok | bertemu (dgn), berjumpa (dgn), bertembung (dgn): tetapi di tengah laut ~ dgn bala bantuan yg dikirim dr Acheh; ~ musuh di jalan; serobok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersobok | bertemu (dgn), berjumpa (dgn), bertembung (dgn): tetapi di tengah laut ~ dgn bala bantuan yg dikirim dr Acheh; ~ musuh di jalan; serobok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembung II | ; bertembung 1 berjumpa dgn tidak disangka-sangka; terserempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tak menemu | Jh tidak berjumpa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendapatkan | 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |