Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.hias] | جوروهياس

Definisi : orang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan, penghias; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juruhias


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
juruhias dalamanorang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
juruhiasorang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan, penghias; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghias1. tukang hias, juruhias; 2. yg meng­­hiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hias; almari ~ almari bercermin tempat me­nyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juru­hias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumah­nya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindah­kan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandang­annya kadang-kadang beralih kpd jam­bang­an bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg meng­­hiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas