bilion | 1. (di Britain) satu juta juta, ditulis sbg 1 000 000 000 000 atau 1012; 2. (di AS) satu ribu juta, ditulis sbg 1 000 000 000 atau 109; berbilion, berbilion-bilion beberapa bilion, beberapa banyak bilion. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merugikan | 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juta | seribu ribu (1 000 000); berjuta, berjuta-juta beberapa juta; jutaan berjuta-juta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juta | seribu ribu (1,000,000). berjuta-juta beberapa juta. jutawan orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
juta | seribu ribu (1,000,000). berjuta-juta beberapa juta. jutawan orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. | Kamus Pelajar |
berjuta | , berjuta-juta beberapa juta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjuta-juta | beberapa juta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjuta-juta | beberapa juta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjuta-juta | beberapa juta. | Kamus Pelajar |
papan kedua | (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |