jutaan | berjuta-juta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denging | , dengingan bunyi dengung yg halus: dengarkah detak nadiku bagai ~ jutaan lebah? berdenging, mendenging, mendenging-denging berbunyi denging di telinga (sebab percakapan yg pedas-pedas dll): berdenging-denging telinga Pak Haji Samad mendengar sindiran orang-orang muda itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juta | seribu ribu (1 000 000); berjuta, berjuta-juta beberapa juta; jutaan berjuta-juta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bimasakti | jaluran cahaya malap yg terentang di langit pd waktu malam yg terdiri drpd jutaan bintang, nebula, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelaparan | 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapar | berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |