kereta kabel | kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabel sepaksi | sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabel berpasangan(paired cable) | Kabel yang mengandungi dawai berpasangan yang berpilin. Kabel ini digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat data bagi sistem rangkaian setempat. | Kamus Komputer |
kabel pasangan terpiuh(twisted-pair cable) | Kabel yang terdiri daripada dua dawai berpenebat terpilin yang melilit sesama sendiri. Kabel ini digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat bagi sistem rangkaian kawasan setempat. | Kamus Komputer |
kabel sepaksi(coaxial cable) | Kabel yang terdiri daripada dawai utama yang dibaluti suatu anyaman dawai luar dan salutan perlindungan bahan penebat. Kabel sepaksi digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat dalam sistem rangkaian kawasan setempat. | Kamus Komputer |
kabel | 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb; ~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabel(cable) | Talian yang terdiri daripada satu dawai pengalir atau lebih yang diselaputi bahan penebat, dan digunakan untuk menyambungkan dua atau lebih punca terminal. Sinonim kawat. | Kamus Komputer |
kabel sambung(connecting cable) | Kabel yang digunakan untuk menyambungkan suatu litar kepada litar lain bagi membolehkan penyaluran isyarat. | Kamus Komputer |
kabel din(din cable) | Kabel khas untuk menyambungkan papan kekunci pada unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
pekerja kabel | orang yg kerjanya memasang kabel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |