Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaji selidikkegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata;Kamus Dewan Edisi Keempat
biosatelitsatelit yg direka bentuk utk membawa haiwan atau tumbuhan bagi tujuan kaji selidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpuan data(data concentration)Perkara atau tempat yang menjadi fokus taburan data dalam graf atau hasil kaji selidik.Kamus Komputer
responden(résponden) 1. orang yg mem­berikan maklumat (menjawab soalan-soalan yg dikemukakan dsb) dlm sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memer­lukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan meng­­­adakan hubungan mesra dgn ~ atau pe­ngisah; 2. orang atau pihak yg didakwa dlm aduan atau rayuan yg dikemuka-kan ke mah­kamah.Kamus Dewan Edisi Keempat
selidik1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah.Kamus Pelajar
sisik I1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji I1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pe­ngajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
selidikcermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas