Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tungkaiMn bahagian badan dr pangkal paha hingga tapak kaki, kaki; menungkai 1. merebahkan kerbau dll se-sudah diikat kakinya; 2. = ~ tapak ki mengatur langkah, berjalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanah IIark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa.Kamus Dewan Edisi Keempat
depapanjang di antara dua hujung tangan yg didepangkan (+ 4 hasta atau 6 kaki atau 1.8m). mendepa mengukur dgn depa: Mereka ~ bilik itu utk menganggarkan panjangnya. mendepakan mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: Dia ~ tangannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
depapanjang di antara dua hujung tangan yg didepangkan (+ 4 hasta atau 6 kaki atau 1.8m). mendepa mengukur dgn depa: <i>Mereka ~ bilik itu utk menganggarkan panjangnya.i> mendepakan mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: <i>Dia ~ tangannya sambil menarik nafas perlahan-lahan.i>Kamus Pelajar
sandung II; menyandung melanggar sesuatu (dgn kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu: kakiku ~ pd sebatang akar getah; 2. ki mendapat sesuatu rintangan (ke-susahan dll); sandungan = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempang(témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
rembat(rémbat) pukulan dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg panjang dll; merembat 1. memukul dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg panjang dll; 2. (dlm permainan bola sepak) menendang (dgn mengayunkan kaki); rembatan 1. pukul (dgn rotan), rembat; 2. tendangan (dgn mengayunkan kaki).Kamus Dewan Edisi Keempat
rentang; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
unjur; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas