kejang | kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih); berkejang, berkejang-kejang melunjurkan keras-keras (tegang-tegang), meregang-regangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keraskeras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaku | 1 tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2 ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaku lidah | ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaku | 1. tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2. ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. | Kamus Pelajar |
kejat | 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejat | 1 kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2 tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3 tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan: Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejur I | keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejat | 1. kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2. tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3. tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan:Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar |
tersihir | kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegun | tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |