kalaupun | jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalaupun | walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalaupun | jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal harganya. | Kamus Pelajar |
meleser | suka berjalan-jalan dgn tidak tentu tujuan, pelesir: kalaupun tidak utk ~ mereka ke sana utk mendengar lagu; ®pelesir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leser II | (lésér) suka berjalan-jalan dgn tidak tentu tujuan, pelesir: kalaupun tidak utk ~ mereka ke sana utk mendengar lagu; ®pelesir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalau | 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
implikasi | 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yg disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi; mengimplikasikan membayangkan: adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalau | 1. kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2. sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal harganya. | Kamus Pelajar |
kalau | 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandainya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekiranya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkalikali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |