Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj sebatian tak organik yg sangat mengakis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalium hidroksida


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kalium hidroksidasj sebatian tak organik yg sangat mengakis.Kamus Dewan Edisi Keempat
potasy kaustikkalium hidroksida.Kamus Dewan Edisi Keempat
potasy(Kim) 1. bahan kalium karbonat yg digunakan utk membuat sabun dll; 2. = ~ kaustik kalium hidroksida.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalium(Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan utk membuat baja; ~ hidroksida sj sebatian tak organik yg sangat mengakis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaliumist unsur logam berwarna putih, berkilat dan lembut yg wujud dlm bentuk garam mineral atau batu-batan. ~ hidroksida pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). ~ karbonat serbuk putih yg lembap cair, larut dlm air dan digunakan dlm baja, bahan letupan dll. ~ klorida hablur yg tidak berwarna, larut dlm air dan digunakan dlm baja, dlm ubat-ubatan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaliumist unsur logam berwarna putih, berkilat dan lembut yg wujud dlm bentuk garam mineral atau batu-batan. ~ hidroksida pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). ~ karbonat serbuk putih yg lembap cair, larut dlm air dan digunakan dlm baja, bahan letupan dll. ~ klorida hablur yg tidak berwarna, larut dlm air dan digunakan dlm baja, dlm ubat-ubatan dll.Kamus Pelajar
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
serbukbenda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas