kancah | 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kancah I | 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah | 1. kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2. <i>kii> keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): <i>Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam.i> | Kamus Pelajar |
kawah I | 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pitis | 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lubuk | 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka mencari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggalkan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyebab | 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kupang I | 1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 1/2 sen (di Kelantan), 50 sen (di Padang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja; 3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 161 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berkemampuan hendak berbelanja spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebab | yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |