kanopi | 1 khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb, yg biasanya didirikan semasa kenduri kahwin dsb utk tempat para tetamu menikmati hidangan. 2 langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu. 3 bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg tinggi, yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan dgn itu mengurangkan hakisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kanopi | 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payungan | tempat yg dipayungi; lindungan: Kami berteduh di bawah ~ kanopi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
payungan | tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudur | rimbunan daun yg paling atas pd pokokpokok yg hampir sama tinggi, kanopi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payung | 1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payung 1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payungan tempat yg dipayungi; lindungan: Kami berteduh di bawah ~ kanopi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
payung I | 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan digunakan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugurkan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg melindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg berbatang tinggi dan berwarna-warni (utk menunjukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk menunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mempertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk memayungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemanakan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |