kapar | , = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapar II | ark; kaparan belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahayakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapar I | kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menaburnaburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapar | = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Kamus Pelajar |
sedangkan | 1 sungguhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedang III | , = sedangkan 1 sungguhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bah I | = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teluk I | bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemarau | 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |