kapuk | 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya berisi kapas); kabu-kabu, Ceiba pentandra. 2 benda yg menyerupai kapas (utk diisikan dlm tilam, bantal dll); kabu-kabu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapuk III | Mn kepuk, jelapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapuk II | ; berkapuk berpeluk, berdakap: para pegawai bersenjata panjang pendek tersandang di bahu dan ~ di rusuk; mengapuk memeluk, mendakap: kedua-dua tangan yg bersarung putih itu ~ senapang; bantal dikapuk ke dadanya, sambil tersenyum nakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapuk I | 1. sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, Ceiba pentandra; 2. kabu-kabu (utk pengisi tilam, bantal, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapuk | 1. nama sj pokok atau buahnya (buahnya berisi kapas); kabu-kabu,Ceiba pentandra. 2. benda yg menyerupai kapas (utk diisikan dlm tilam, bantal dll); kabu-kabu. | Kamus Pelajar |
jaguh kapuk | Id bekas pemain (bola dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar di pulau kapuk | Id, bp tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar ke pulau kapuk | tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluk | 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepuk I | 1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |