karom | sj permainan yg menggunakan papan empat segi yg mempunyai lubang di setiap penjurunya. Pemain (biasanya terdiri drpd dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu utk menolak kepingan bulat leper masuk ke dlm lubang. Pemain boleh bermain secara regu atau perseorangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karom | sj permainan yg menggunakan papan segi empat yg mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya terdiri drpd dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu utk menolak kepingan bulat leper masuk ke dlm lubang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan karom | papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan I | 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |