kasta | golongan masyarakat dlm masyarakat Hindu yg bertingkat-tingkat (Brahman, Kesateria, Waisya dan Sudra). berkasta ada kastanya; terbahagi mengikut kasta: Masyarakat ~. berkasta-kasta terbahagi kpd beberapa kasta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasta | 1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasta | golongan masyarakat dlm masyarakat Hindu yg bertingkat-tingkat (Brahman, Kesateria, Waisya dan Sudra). | Kamus Pelajar |
berkasta-kasta | terbahagi kpd beberapa kasta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkasta-kasta | terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkasta | mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samurai | 1 kasta kesateria dlm masyarakat feudal Jepun. 2 anggota kasta samurai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samurai | (Jepun) 1. sj kasta bangsawan (keten-teraan) pd zaman feudal Jepun; 2. anggota kasta ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waisya | sl kasta yg ketiga dlm agama Hindu (terdiri drpd golongan pedagang, petani, dan tukang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekastaan | perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |