kasut bola | kasut utk bermain bola sepak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasut bola | kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasut I | alas kaki (spt sepatu, selipar, dll); ~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terompah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur; ~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita); berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasut | alas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis yg terletak tegak pd bahagian tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk meluncur di kawasan yg licin, spt di atas jalan atau di atas gelanggang. berkasut 1 mempunyai kasut: Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2 memakai kasut: Dia berjalan tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasut | alas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. berkasut 1. mempunyai kasut:Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2. memakai kasut: Dia berjalan tidak ~. | Kamus Pelajar |
mencocor | menyodok atau menyungkit (bola) dgn hujung kasut (kaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cocor | ; mencocor menyodok atau menyungkit (bola) dgn hujung kasut (kaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah | 1 air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2 = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 2 = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 3 bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya adalah utk membuat tayar, bola dll). 4 (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). menggetah 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaki I | 1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah sekali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt bertemu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah | 1. air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2. = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 3. = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 4. bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya ialah utk membuat tayar, bola dll). 5. (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1. ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2. berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. menggetah 1. mencari getah di hutan dll. 2. menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar |