kasut kayu | terompah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelum II | kasut kayu; kelom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelom | IB, bp kasut kayu, bakiak, terompah; kelum II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasut I | alas kaki (spt sepatu, selipar, dll); ~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terompah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur; ~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita); berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terompah kayu | sj alas kaki yg dibuat drpd kayu, kasut, gamparan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terompah | 1. sj alas kaki drpd belulang yg tidak disamak; 2. = ~ kayu sj alas kaki yg dibuat drpd kayu, kasut, gamparan; berterompah memakai atau mempunyai terompah: kakinya ~ kayu yg menghasilkan bunyi hentakan yg kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detap | bunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb); berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang; mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan: gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja; detapan bunyi berdetap: ~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdetap | berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang | 1 orang yg pandai dlm sesuatu pekerjaan tangan: ~ kayu orang yg pandai membuat sesuatu (meja, kerusi dll) drpd kayu. 2 orang yg kerjanya membuat atau mengurus sesuatu yg tertentu: ~ kasut; ~ jam. ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin (perempuan). ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas. ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera. ~ gunting orang yg kerjanya menggunting rambut. ~ jahit orang yg kerjanya menjahit baju dll dgn mengambil upah. ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. bertukang mengerjakan pekerjaan tukang: Bapanya sedang ~ di dapur. tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang. menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: Ia ~ kerusi yg patah itu. pertukangan 1 pekerjaan atau perbuatan bertukang: sekolah ~ sekolah utk melatih seseorang menjadi tukang. 2 perihal atau perkara yg berkaitan dgn tukang-menukang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudip I | alat spt sudu (drpd kayu dll) utk mencedok; ~ sepatu sj alat utk memudahkan kaki masuk ke dlm kasut; menyudip mencedok dgn sudip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |