umpatan | 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umpat | , = umpatan 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat. mengumpat 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ungkap II | ; mengungkap mengeluarkan atau melahirkan perasaan dgn kata-kata, gerak-geri dll. ungkapan 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengungkap | mengeluarkan atau melahirkan perasaan dgn kata-kata, gerak-geri dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ya | 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yang I | 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wahai | kata seru utk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dll: ~ anak-anak muda, berhati-hatilah ketika memandu kereta! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wah | kata seru utk menyatakan rasa kagum (rasa hairan dsb): ~! Cantiknya bajumu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berproduk | menghasilkan atau mengeluarkan produk | Kamus DBP versi dalam Talian |
Slavik | (berkenaan dengan bahasa, budaya dan sebagainya) berkaitan dengan Slav | Kamus DBP versi dalam Talian |